Assalamualaikum Sunshine . Harap sihat-sihat sahaja ya . Dah masuk hujung bulan 2 dah kita ni kan . Hmm welcoming soon bulan 3 . Semoga tetap baik - baik sahaja dan banyak bersabar aminn.
Baiklah story kali ini pasal aku tidur mula berdengkur . Hmm itu perkara yang memalukan dan aku tak sangka ia jadi pada diriku. Aku mengantuk tapi aku tak boleh tidur di office . Haritu aku terlelap , kawan lelaki sebelah aku dengar aku berdengur , malunya , dia gelak2 pastu ulang tayang aku dengkur.
Aku hanya berdiam diri dan buat tatahu je . Dalam hati aku menahan malu dan tertanya tanya teruk ke aku dengur ? Kelmarin suami aku cerita yang aku tidur berdengur dan ngigau tu ada juga . Dia kata kalau dia tidur beralih tak pandang aku tu faham faham la . Aku rasa macam sedih . Rupanya kdg dia pandang arah lain atau tak dekat sangat dengan sebab aku berdengkur dan nafas aku panas .... 😩
Aku dah takut nak tidur dekat office dan aku pastikan aku tak tertidur huhu . Aku jadi fobia dengan diri sendiri. Dalam train pun sama aku takut sangat kalau aku terlelap pastu berdengkur pula .. tapi ada juga aku terlelap cepat cepat aku jaga balik . Aku rasa aku jadi macam ni kesan daripada aku covid sebelum ni kot penafasan aku jadi tak smooth.
Ya Allah aku tak tahu nak buat macam mana , cuma dalam train tu mungkin x dengar dengkur atau slow sebab aku pakai mask kot boleh filter sikit , tahla aku try je tapi aku takut nak tidur . Malu taw kalau orang tahu kau dengkur , padahal kau xboleh nak control benda tu . Pastu suami kau pula perli perli kau berdengkur dia kata dia jadi sound system aku . Aku rasa sedih , malu dan useless betul tak boleh bagi suami aku tidur dengan selesa , dan malu , sedih sebagai isterinya jadi begitu. Malu sebagai rakan kerja yang tertidur di office dan kawan sebelah dengar , bila terjaga aku jadi bahan . Benda ni buat aku fobia dan malu dengan diri aku sendiri .
Korang semua ada idea tak atau cadangan untuk stop dengkur selain kuruskan badan ? sebab badan aku bukan gemok pun , cuma berisi sikit pada sebelum kahwin . Tu pun mungkin faktor tapi dulu masa aku berisi sebelum covid aku tak berdengkur pun . Ya Allah aku berdoa kau berilah aku jalan keluar dan bantu aku untuk cuba stop dengkur sewaktu tidur , hanya Kau Yang Maha Mengetahui Isi Hatiku, aminn .


