✿ Sunshine World ✿

 


Hai , diary ku sayang . Apa khabar kau ? Lama sudah tidak aku kirimkan apa-apa khabar pada kau bukan ? Pasti kau rindu . Aku juga . Sekarang aku banyak masa terluang . Aku tidak lagi bekerja. sudah 4 hari . Aku sudah free kan otak dn emosi ku dari si Ruby jahat tu dan kawan kawannya alhamdulillah . Now jadi suri rumah jelah dan aku decide buat business je . Semoga maju jaya untuk aku ya. 

Anyway aku menulis ni sebab nak sambung kisah aku pasal 'seks dan aku' part 2. Alhamdulillah perkawinan kami ni dah nak masuk fasa ke 2 tahun . Menghampiri la ya. Setahun setengah begitulah . Untuk pengetahuan kau , aku rasa 'dara' aku dah pecah dah kot . Tak ingatla aku dlm bulan berapa tapi sebelum anniversary kami sebelum ni lah kot . Few months lepas aku update pasal part 1. Betulla cakap akak maz tu . Dulu aku rasa sakit sebab dara aku tak pecah . Entahla kenapa tebal betul selaput dara aku ni atau suami aku yang tak 'strong' nak cucuk huhu.  Hampir setahun jugala kami menempuh fasa sukar tu . Alhamdulillah kami berjaya dengan izin Allah . 

Lepas dari tu dah tak sakit time buat cuma akan agak sakit kalau aku tak klimaks betul betul . Sebab vagina aku kering . Kalau klimaks akan basah jadi smooth nak masuk. Tengok pada keadaan juga kalau husband macam lambat sangat nak 'pancut' pun akan menyebabkan sakit juga tapi taklah sakit macam awal awal dulu . Atau kalau aku nak angkat angkat kaki pun lama-lama jadi lenguh mungkin juga sebab berat badan yang semakin bertambah dan berisi ni. Nak dapat posisi yang selesa tu take time sikit. Jadi kena usahala kuruskan badan balik macam sebelum kahwin agaknya baru lebih smooth .  

Cuma satu keadaan yang aku tak pasti aku dengan suami ni normal atau tidak . Sebab kami tak selalu nak rasa nak buat seks . Kami plan baru kami buat . Aku ikut je bila husband nak . Masalah husband aku jenis kerja shift dan jadual pun tak tentu . Time dia cuti hari aku kerja , semestinya penat . Time aku cuti dia kerja , dia pun penat . Kalau kami dua dua cuti baru plan buat . Tapi bulan Ramadhan ni tak ada lah buat. Mungkin raya nanti baru sambung. Husband aku ni jenis tak meminta . Bila dia nak dia akan tanya aku dan aku bagi je usually time tu dua dua cuti  atau kami pergi travel jalan mana mana . Aku tak pasti nafsu husband aku ni macam mana sebab dia boleh tahan nafsu dia kadang kami sebulan dua - tiga kali saja buat .  Lepastu nanti aku period  . Aku pun jenis tak meminta . Suami ajak aku ikut . Tapi kami dua dua tak merungut . Aku tak pasti ini normal atau tidak sebab orang lain kata kalau kita seronok buat seks hari hari kita nak buat . Tapi kami tak macam tu . Mungkin kalau husband aku kerja normal office hours dia akan lebih okey barangkali ? 

Kami pun kalau buat tak lama dalam setengah jam tu dah tamat dah .  Kami play sampai klimaks , then masa untuk husband 'pancut' pula  dalam 5 minit lebih macam tu. Kadang sekali kadang dua kali . Tengok pada tenaga dia . Lepastu dah kami rehat , mandi wajib dan berehat . Usually kami buat pagi kalau di rumah dan malam kalau travel di hotel . Nak kata dia tak bernafsu tak juga kami bukan tak buat langsung . Buat je even sekarang better dari setahun yang lepas . Adala progress nya walaupun tak banyak sangat .  Husband pun dah pandai dan kami belajar juga sikit sikit posisi seks , Atau mungkin Allah takdirkan kami dua dua ni boleh control nafsu atau jenis nafsu yang tak hyper sangat ? Aku pun cantik juga cuma makin berisila , nak kena kurus sikit agaknya lebih bertenaga. Tak pasti ada ke yang lain macam kami ? Normal ke kami ? Atau belum sampai lagi masa yang sepatutnya untuk nafsu tu lebih berombak ? 

Pasal anak ? umm belum terfikir lagi . Pasal seks pun step by step banyak lagi kena belajar . InsyaAllah kalau ada rezki tak kemana aminn.  Orang kata kalau buat seks berkala jarak jarak macam aku ni potensi dapat nak tu nipisla . Orang lain seminggu je sampai 2-3 kali . Kami sebulan.  Tapi bukan salah aku juga. Semoga isu nafsu ni dapatlah kami atasi bila sampai masa yang Allah izinkan kelak . Atau mungkin lepas husband dapat kerja yang lebih baik suatu masa nanti kami . Aminn. Dear dairy , doakan kami terus bahagia , sabar dalam dugaan dan semoga aku dapat jadi isteri yang solehah untuk suami aku hingga ke syurga amin . 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Kata orang seks itu lambang kasih sayang dan cinta bagi pasangan yang telah berkahwin . Nafkah batin untuk suami dan isteri . Sebelum aku kahwin aku pun membayangkan seks itu tidak menyakitkan dan nikmat bersama pasangan . Hanya kali pertama sahaja menyakitkan . Tapi setelah berkahwin persepsi ku berbeza . Suamiku tidak ganas . Dia baik baik sahaja dan dia pun masih tengah belajar untuk beri yang terbaik pada pasangan . Part berpelukan , berciuman , atau senang kita kata bercumbu aku suka . Tapi bila husband dah naik syahwat dia nk masuk dalam faraj , itulah part yang aku paling tidak suka dan terseksa menahannya. Tapi aku terpaksa tahan untuk suami . Suami kan syurga aku . Sedangkan suami aku tak adalah buat kasar pun . 

Kali nie dah kali ke 5/6 rasanya aku dan husband buat . Tapi rasa sakit sangat nk masuk tu masih sama . Menjerit-jerit huhu. Part tulah yang aku tak nak dan ngeri buat aku tiap kali tiba masanya . Cuma kali ni rasa kebas tu lebih lagi ..dah satu hari tapi masih rasa sakitnya dan kebas . Mungkin sbb kali ni first time pancut dalam .  Atau barangkali cara hubungan kami tak tepat dan tak kena pada sasaran / atau ransangan pada gspot tak kuat .  Mungkin aku sendiri lambat ghairah . Aku rasa tertekan . 

Aku taktahu ada orang lain mcm aku ke tak . Benda ni normal ke tak . Husband pun curious . Pastu aku ada sembang dengan kak Maz (kawan ofis aku) , dia kata mungkin sebab husband aku pun buat soft je jadi dara aku tak pecah habis , mungkin dinding dara aku keras atau ketat sangat . jadi masih dia tak pecah seluruhnya . Entahla . Aku bukan boleh nampak pun lubang tu . Bulan ni atau bulan depan aku tak tahu macam mana nak face lagi benda ni dengan husband . Macam dihantui ketakutan . 

Ya Allah , perkahwinan ini masih panjang , aku nak rujuk siapa pun aku tak tahu aku berserah kepada kau saja Ya Allah semoga lepas ni kalau buat dipermudahkan dan tak sakit :( 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Malam ini hujan turun lagi,
Bersama kenangan yang ungkit luka di hati , 
Luka yang seharusnya dapat terubati , 
Yang ku harap tiada pernah terjadi ...

Wajar bila saat ini , 
Ku iri pada kalian , 
Yang hidup bahagia berkat suasana ,
indah dalam rumah , 
Hal yang selalu aku bandingkan , 
Dengan hidupku yang kelam ...

- sunshine , isnin , 20/3/23 -
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Assalamualaikum Sunshine . Harap sihat-sihat sahaja ya . Dah masuk hujung bulan 2 dah kita ni kan . Hmm welcoming soon bulan 3 . Semoga tetap baik - baik sahaja dan banyak bersabar aminn. 

Baiklah story kali ini pasal aku tidur mula berdengkur . Hmm itu perkara yang memalukan dan aku tak sangka ia jadi pada diriku. Aku mengantuk tapi aku tak boleh tidur di office . Haritu aku terlelap , kawan lelaki sebelah aku dengar aku berdengur , malunya , dia gelak2 pastu ulang tayang aku dengkur.

Aku hanya berdiam diri dan buat tatahu je . Dalam hati aku menahan malu dan tertanya tanya teruk ke aku dengur ? Kelmarin suami aku cerita yang aku tidur berdengur dan ngigau tu ada juga . Dia kata kalau dia tidur beralih tak pandang aku tu faham faham la . Aku rasa macam sedih . Rupanya kdg dia pandang arah lain atau tak dekat sangat dengan  sebab aku berdengkur dan nafas aku panas .... 😩

Aku dah takut nak tidur dekat office dan aku pastikan aku tak tertidur huhu . Aku jadi fobia dengan diri sendiri. Dalam train pun sama aku takut sangat kalau aku terlelap pastu berdengkur pula .. tapi ada juga aku terlelap cepat cepat aku jaga balik . Aku rasa aku jadi macam ni kesan daripada aku covid sebelum ni kot penafasan aku jadi tak smooth.

Ya Allah aku tak tahu nak buat macam mana , cuma dalam train tu mungkin x dengar dengkur atau slow sebab aku pakai mask kot boleh filter sikit , tahla aku try je tapi aku takut nak tidur . Malu taw kalau orang tahu kau dengkur , padahal kau xboleh nak control benda tu . Pastu suami kau pula perli perli kau berdengkur dia kata dia jadi sound system aku . Aku rasa sedih , malu dan useless betul tak boleh bagi suami aku tidur dengan selesa , dan malu , sedih sebagai isterinya jadi begitu. Malu sebagai rakan kerja yang tertidur di office dan kawan sebelah dengar , bila terjaga aku jadi bahan  . Benda ni buat aku fobia dan malu dengan diri aku sendiri . 

Korang semua ada idea tak atau cadangan untuk stop dengkur selain kuruskan badan ? sebab badan aku bukan gemok pun , cuma berisi sikit pada sebelum kahwin . Tu pun mungkin faktor tapi dulu masa aku berisi sebelum covid aku tak berdengkur pun . Ya Allah aku berdoa kau berilah aku jalan keluar dan bantu aku untuk cuba stop dengkur sewaktu tidur , hanya Kau Yang Maha Mengetahui Isi Hatiku, aminn .

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 Assalamualaikum sunshine. Harapnya sunshine sihat-sihat saja ya . Lama tidak ketemu dan telah ku buang semua kisah tidak perlu di blog ini . Aku pun sudah 6 bulan berkahwin dan masih menetap di selayang. Cuma bezanya sekarang sudah tidak bekerja di Hospital Selayang , akan tetapi terpaksa bekerja di bangsar . Ya agak jauh dari rumah dan aku ulang alik dari LRT gombak ke LRT kerinchi setiap hari dan agak penat tapi itulah hakikatnya aku redha  . LRT adalah tempat di mata kita boleh melihat pelbagai jenis manusia dan juga sikap dan mengenal erti kehidupan  . Tapi apa yang aku ingin ceritakan ini adalah kasih ibu bersama dua anak kecilnya menaiki LRT yang sibuk pada jam puncak pulang kerja menarik hatiku . Gambar ini aku tangkap untuk tatapan aku yang mana aku melihat sebagai satu bukti kasih dan sayang ibu yang tinggi dan susah payahnya kepada dua anak kecilnya . 



Pada mulanya ibu dan dua anak ini tidak duduk . Beliau dari KL Central. Satu anak didukung (si adik) dan satu anak tidak (si abang). Tahukan bila pulang dari kerja jam 5/6 ini memangla ramai lagi lagi tiba di KL Central yang masuk pun ramai keluar pun ramai . Waktu tu ada amoi dan 2 lagi perempuan muda duduk di kerusi side tepi . Mereka muda muda lagi tapi itulah seperti tak peka. Aku berdiri agak dekat dengan mereka (tak tangkap gambar masa tu) aku terdengar si abang kata " ibu....nak duduk" katanya . Si ibu hanya dia membisu dan membelai rambut si abang . Nampak jelas kepenatan dan resah di wajah ibunya . 

Pada pendapatku mungkin si ibu pulang kerja dan si ayah tak sempat ambil anaknya di rumah pengasuh barangkali jadi si ibu ambil sendiri dan pulang dengan LRT. Sepanjang sebulan aku naik LRT aku belum nampak lagi kanak-kanak dan ibu / ayah naik LRT bersama di waktu puncak . Kasihan si ibu berdiri berhadapan pintu . Kerana aku kasihankan si abang aku bagi dia masuk dekat hujung tiang dkt pintu tu so xdelah orang tertolak si abang tu . Si abang pun seronok sikit pandang luar. Sampai je dekat 2/3 stesen macam tu 3 perempuan dekat sit tadi turun . aku minta akak tu dan dua anaknya duduk . Gembira si abang dapat duduk . Ibu merangkul si adik di riba sambil lihat kartun di handphone mungkin . Si abang pula 'ralit' makan 'jajan' 'pocky' chocolate dan oreo . Si adik pun sama makan 'pocky' sambil tengok kartun di handphone. Sesekali si abang bergurau senda dengan si adik . Sekurang - kurangnya si ibu dapat merehatkan badan seketika dan si anak tidak keletihan sangat . 

Si abang tidak layan kartun, dia seperti tak sabar-sabar pulang . Setiap kali berhenti LRT dia tanya 'Ibu dan sampai ke?' 'Ibu dah sampai ke?"  Ibu jawab "belum lagi abang , kejap lagi..rehat dulu", sambil belai si abang dan si adik . Mesti si abang letih nak rehat . Bertuahnya mereka punya ibu yang lembut , penyabar , kuat dan penyayang . Susah payah bawak anak naik LRT , sabar melayan karenah anak dengan lembut. Alhamdulillah juga dapat duduk dan saya prihatin pada mereka . 

Akhirnya mereka sampai di destinasi tak silap aku Stesten Melawati. Bila ibunya kata "Jom abang dah sampai". Si abang gembira dah sampai . "Yeay kita dan sampai (wajah riang)" dan si adik pun tersenyum gembira.  Si adik masih didukung ibu dan si abang dituntun keluar dari train. 

Terbayang aku masih kekal kerja di bangsar ni untuk satu tempoh yang lama , mungkin aku pun akan hadapi benda yang sama . Bawa anak-anak pulang naik LRT . Untung dapat duduk kalau tak dapat kesian berdiri sajalah anak beranak . Kalau boleh aku tak nak . Harapnya aku dapat dan mampu ambil anak anak nanti dengan kereta saja aminn. Jua aku berharap aku dapat jadi ibu nanti , dapatlah aku jadi seperti peribadi unggul ibu itu . Mungkin aku tidak kenal beliau tapi dari personaliti luarannya menyerlah dia seorang ibu yang penyayang dan lemah lembut kepada anak - anaknya , aminn. 

Apapun aku harap dan doakan ibu itu serta dua anaknya sentiasa dimudahkan urusan mereka oleh Allah . Menjadi keluarga yang sakinah mawaddah warahmah . Si ibu jua Suaminya dimurahkan rezeki (jika masih ada). Bila si abang dan adik besar , mereka tetap akan jaga ibu mereka dan tak lupa jasa ibunya yang penyabar , penyayang , kuat dan lemah lembut kepada mereka . Sesungguhnya Cinta dan Kasih kepada ibu adalah jalan ke Syurga yang abadi untuk selama-lamanya aminn ya rabbal a'lamin. 


Yang menulis dengan penuh Rasa Sayang , 
090223 , Mawar Nabilah ♥ 



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2024 (1)
    • ▼  Mar 2024 (1)
      • Seks dan Aku Part 2
  • ►  2023 (4)
    • ►  May 2023 (1)
    • ►  Mar 2023 (1)
    • ►  Feb 2023 (2)

About me

Created with by BeautyTemplates