✿ Sunshine World ✿

Kata orang seks itu lambang kasih sayang dan cinta bagi pasangan yang telah berkahwin . Nafkah batin untuk suami dan isteri . Sebelum aku kahwin aku pun membayangkan seks itu tidak menyakitkan dan nikmat bersama pasangan . Hanya kali pertama sahaja menyakitkan . Tapi setelah berkahwin persepsi ku berbeza . Suamiku tidak ganas . Dia baik baik sahaja dan dia pun masih tengah belajar untuk beri yang terbaik pada pasangan . Part berpelukan , berciuman , atau senang kita kata bercumbu aku suka . Tapi bila husband dah naik syahwat dia nk masuk dalam faraj , itulah part yang aku paling tidak suka dan terseksa menahannya. Tapi aku terpaksa tahan untuk suami . Suami kan syurga aku . Sedangkan suami aku tak adalah buat kasar pun . 

Kali nie dah kali ke 5/6 rasanya aku dan husband buat . Tapi rasa sakit sangat nk masuk tu masih sama . Menjerit-jerit huhu. Part tulah yang aku tak nak dan ngeri buat aku tiap kali tiba masanya . Cuma kali ni rasa kebas tu lebih lagi ..dah satu hari tapi masih rasa sakitnya dan kebas . Mungkin sbb kali ni first time pancut dalam .  Atau barangkali cara hubungan kami tak tepat dan tak kena pada sasaran / atau ransangan pada gspot tak kuat .  Mungkin aku sendiri lambat ghairah . Aku rasa tertekan . 

Aku taktahu ada orang lain mcm aku ke tak . Benda ni normal ke tak . Husband pun curious . Pastu aku ada sembang dengan kak Maz (kawan ofis aku) , dia kata mungkin sebab husband aku pun buat soft je jadi dara aku tak pecah habis , mungkin dinding dara aku keras atau ketat sangat . jadi masih dia tak pecah seluruhnya . Entahla . Aku bukan boleh nampak pun lubang tu . Bulan ni atau bulan depan aku tak tahu macam mana nak face lagi benda ni dengan husband . Macam dihantui ketakutan . 

Ya Allah , perkahwinan ini masih panjang , aku nak rujuk siapa pun aku tak tahu aku berserah kepada kau saja Ya Allah semoga lepas ni kalau buat dipermudahkan dan tak sakit :( 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Malam ini hujan turun lagi,
Bersama kenangan yang ungkit luka di hati , 
Luka yang seharusnya dapat terubati , 
Yang ku harap tiada pernah terjadi ...

Wajar bila saat ini , 
Ku iri pada kalian , 
Yang hidup bahagia berkat suasana ,
indah dalam rumah , 
Hal yang selalu aku bandingkan , 
Dengan hidupku yang kelam ...

- sunshine , isnin , 20/3/23 -
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Assalamualaikum Sunshine . Harap sihat-sihat sahaja ya . Dah masuk hujung bulan 2 dah kita ni kan . Hmm welcoming soon bulan 3 . Semoga tetap baik - baik sahaja dan banyak bersabar aminn. 

Baiklah story kali ini pasal aku tidur mula berdengkur . Hmm itu perkara yang memalukan dan aku tak sangka ia jadi pada diriku. Aku mengantuk tapi aku tak boleh tidur di office . Haritu aku terlelap , kawan lelaki sebelah aku dengar aku berdengur , malunya , dia gelak2 pastu ulang tayang aku dengkur.

Aku hanya berdiam diri dan buat tatahu je . Dalam hati aku menahan malu dan tertanya tanya teruk ke aku dengur ? Kelmarin suami aku cerita yang aku tidur berdengur dan ngigau tu ada juga . Dia kata kalau dia tidur beralih tak pandang aku tu faham faham la . Aku rasa macam sedih . Rupanya kdg dia pandang arah lain atau tak dekat sangat dengan  sebab aku berdengkur dan nafas aku panas .... 😩

Aku dah takut nak tidur dekat office dan aku pastikan aku tak tertidur huhu . Aku jadi fobia dengan diri sendiri. Dalam train pun sama aku takut sangat kalau aku terlelap pastu berdengkur pula .. tapi ada juga aku terlelap cepat cepat aku jaga balik . Aku rasa aku jadi macam ni kesan daripada aku covid sebelum ni kot penafasan aku jadi tak smooth.

Ya Allah aku tak tahu nak buat macam mana , cuma dalam train tu mungkin x dengar dengkur atau slow sebab aku pakai mask kot boleh filter sikit , tahla aku try je tapi aku takut nak tidur . Malu taw kalau orang tahu kau dengkur , padahal kau xboleh nak control benda tu . Pastu suami kau pula perli perli kau berdengkur dia kata dia jadi sound system aku . Aku rasa sedih , malu dan useless betul tak boleh bagi suami aku tidur dengan selesa , dan malu , sedih sebagai isterinya jadi begitu. Malu sebagai rakan kerja yang tertidur di office dan kawan sebelah dengar , bila terjaga aku jadi bahan  . Benda ni buat aku fobia dan malu dengan diri aku sendiri . 

Korang semua ada idea tak atau cadangan untuk stop dengkur selain kuruskan badan ? sebab badan aku bukan gemok pun , cuma berisi sikit pada sebelum kahwin . Tu pun mungkin faktor tapi dulu masa aku berisi sebelum covid aku tak berdengkur pun . Ya Allah aku berdoa kau berilah aku jalan keluar dan bantu aku untuk cuba stop dengkur sewaktu tidur , hanya Kau Yang Maha Mengetahui Isi Hatiku, aminn .

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 Assalamualaikum sunshine. Harapnya sunshine sihat-sihat saja ya . Lama tidak ketemu dan telah ku buang semua kisah tidak perlu di blog ini . Aku pun sudah 6 bulan berkahwin dan masih menetap di selayang. Cuma bezanya sekarang sudah tidak bekerja di Hospital Selayang , akan tetapi terpaksa bekerja di bangsar . Ya agak jauh dari rumah dan aku ulang alik dari LRT gombak ke LRT kerinchi setiap hari dan agak penat tapi itulah hakikatnya aku redha  . LRT adalah tempat di mata kita boleh melihat pelbagai jenis manusia dan juga sikap dan mengenal erti kehidupan  . Tapi apa yang aku ingin ceritakan ini adalah kasih ibu bersama dua anak kecilnya menaiki LRT yang sibuk pada jam puncak pulang kerja menarik hatiku . Gambar ini aku tangkap untuk tatapan aku yang mana aku melihat sebagai satu bukti kasih dan sayang ibu yang tinggi dan susah payahnya kepada dua anak kecilnya . 



Pada mulanya ibu dan dua anak ini tidak duduk . Beliau dari KL Central. Satu anak didukung (si adik) dan satu anak tidak (si abang). Tahukan bila pulang dari kerja jam 5/6 ini memangla ramai lagi lagi tiba di KL Central yang masuk pun ramai keluar pun ramai . Waktu tu ada amoi dan 2 lagi perempuan muda duduk di kerusi side tepi . Mereka muda muda lagi tapi itulah seperti tak peka. Aku berdiri agak dekat dengan mereka (tak tangkap gambar masa tu) aku terdengar si abang kata " ibu....nak duduk" katanya . Si ibu hanya dia membisu dan membelai rambut si abang . Nampak jelas kepenatan dan resah di wajah ibunya . 

Pada pendapatku mungkin si ibu pulang kerja dan si ayah tak sempat ambil anaknya di rumah pengasuh barangkali jadi si ibu ambil sendiri dan pulang dengan LRT. Sepanjang sebulan aku naik LRT aku belum nampak lagi kanak-kanak dan ibu / ayah naik LRT bersama di waktu puncak . Kasihan si ibu berdiri berhadapan pintu . Kerana aku kasihankan si abang aku bagi dia masuk dekat hujung tiang dkt pintu tu so xdelah orang tertolak si abang tu . Si abang pun seronok sikit pandang luar. Sampai je dekat 2/3 stesen macam tu 3 perempuan dekat sit tadi turun . aku minta akak tu dan dua anaknya duduk . Gembira si abang dapat duduk . Ibu merangkul si adik di riba sambil lihat kartun di handphone mungkin . Si abang pula 'ralit' makan 'jajan' 'pocky' chocolate dan oreo . Si adik pun sama makan 'pocky' sambil tengok kartun di handphone. Sesekali si abang bergurau senda dengan si adik . Sekurang - kurangnya si ibu dapat merehatkan badan seketika dan si anak tidak keletihan sangat . 

Si abang tidak layan kartun, dia seperti tak sabar-sabar pulang . Setiap kali berhenti LRT dia tanya 'Ibu dan sampai ke?' 'Ibu dah sampai ke?"  Ibu jawab "belum lagi abang , kejap lagi..rehat dulu", sambil belai si abang dan si adik . Mesti si abang letih nak rehat . Bertuahnya mereka punya ibu yang lembut , penyabar , kuat dan penyayang . Susah payah bawak anak naik LRT , sabar melayan karenah anak dengan lembut. Alhamdulillah juga dapat duduk dan saya prihatin pada mereka . 

Akhirnya mereka sampai di destinasi tak silap aku Stesten Melawati. Bila ibunya kata "Jom abang dah sampai". Si abang gembira dah sampai . "Yeay kita dan sampai (wajah riang)" dan si adik pun tersenyum gembira.  Si adik masih didukung ibu dan si abang dituntun keluar dari train. 

Terbayang aku masih kekal kerja di bangsar ni untuk satu tempoh yang lama , mungkin aku pun akan hadapi benda yang sama . Bawa anak-anak pulang naik LRT . Untung dapat duduk kalau tak dapat kesian berdiri sajalah anak beranak . Kalau boleh aku tak nak . Harapnya aku dapat dan mampu ambil anak anak nanti dengan kereta saja aminn. Jua aku berharap aku dapat jadi ibu nanti , dapatlah aku jadi seperti peribadi unggul ibu itu . Mungkin aku tidak kenal beliau tapi dari personaliti luarannya menyerlah dia seorang ibu yang penyayang dan lemah lembut kepada anak - anaknya , aminn. 

Apapun aku harap dan doakan ibu itu serta dua anaknya sentiasa dimudahkan urusan mereka oleh Allah . Menjadi keluarga yang sakinah mawaddah warahmah . Si ibu jua Suaminya dimurahkan rezeki (jika masih ada). Bila si abang dan adik besar , mereka tetap akan jaga ibu mereka dan tak lupa jasa ibunya yang penyabar , penyayang , kuat dan lemah lembut kepada mereka . Sesungguhnya Cinta dan Kasih kepada ibu adalah jalan ke Syurga yang abadi untuk selama-lamanya aminn ya rabbal a'lamin. 


Yang menulis dengan penuh Rasa Sayang , 
090223 , Mawar Nabilah ♥ 



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts

recent posts

Blog Archive

  • ►  2024 (1)
    • ►  Mar 2024 (1)
  • ▼  2023 (4)
    • ▼  May 2023 (1)
      • Seks dan aku ....
    • ►  Mar 2023 (1)
      • Luka yang kelam
    • ►  Feb 2023 (2)
      • Malunya bila tidur jadi berdengkur 😓
      • Cinta Ibu di LRT

About me

Created with by BeautyTemplates